Wednesday, 9 May 2012

IMAN EL-ZAHRA




CUTE !





AMALAN CUKUR JAMBUL









AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena  menyambut 
kehadiran orang baru dalam keluarga. 
Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul  sebenarnya  tidak wujud 
dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga 
dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda,  “Tiap-tiap anak  itu tergadai
dengan akikahnya yang disembelih untuk dia  ketika hari ketujuh dan 
dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 
Berdasarkan kepada hadis ini,  ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan 
akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging  akikah tersebut diagihagihkan kepada golongan fakir miskin. 
Mengikut sunnah, apa yang dilakukan  oleh Baginda kepada cucunya, Hasan 
dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan 
nama dan mencukur rambut  mereka  berdua. Rambut  tersebut ditimbang 
dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada 
fakir miskin. 
Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi 
menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan 
dilakukan tahnik. 
Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu 
lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi.
Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke 
dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.
Islam  menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga  botak


supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan
membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.  
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak  mencukur rambut anak-anak 
hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan 
tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, 
rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. 
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan
ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul 
adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir 
umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Selain amalan-amalan di atas yang  bertentangan dengan syariat agama, 
kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur
rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut 
turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bungabungaan dan perhiasan lain.  
Upacara cukur rambut  tidak perlu disertakan dengan marhaban atau
berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut  sahaja. Melainkan jika ia 
diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.  
Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama 
ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau 
dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan
kepercayaan dan tradisi agama lain.
Kebanyakan  amalan yang dijadikan  adat bagi orang Melayu dipercayai 
berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan 
di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke 
Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

MAJLIS AKIKAH








1.       MAKSUD :   
·         Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.

2.       HUKUM :     
·         Sunat muakkad
·         Bagi lelaki    = sunat 2 ekor kambing
·         Bagi perempuan       = sunat 1 ekor kambing.
·         lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian

3.       WAKTU AKIKAH :                 
·         Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )
·         Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )

4.       SYARAT SAH :        
·         niat akikah ketika sembelih
·         tidak cacat serta cukup umur
·         ikut syarat sah sembelihan

5.       DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :
·         mestilah binatang an'am
·         tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
·         sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
·         sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong

6.       SUNAT AKIKAH :
·         berdoa ketika hendak menyembelih
·         menyembelih ketika matahari sedang naik
·         dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan
·         tidak mematahkan tulang binatang akikah
·         mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
·         dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran

7.       HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :          
·         sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
·         untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah
·         bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan
·         mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat
·         sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa dengan anak
·         menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
·         mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

 8.       CARA MENYAMBUT KELAHIRAN :
·         lafazkan azan di sebelah kanan dan qamat di sebelah kiri
·         baca doa di kedua-dua belah telinga
·         sapu lelangit dengan benda manis
·         menamakan anak dengan nama yang baik pada hari ke-7